Buletin Emas

Pelabur emas rugi RM411 juta


Apalah nasib, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Ini laporan sebenar di Harian Metro, sebuah syarikat emas yang menjanjikan pulangan bulanan tak mampu memulangkan RM411.19 juta kepada 6740 pelabur. Bagaimana jika anda adalah sebahagian daripada mereka, dengan anggaran pelaburan sebanyak RM61 ribu setiap pelabur, apatah lagi jika itulah sahaja wang simpanan yang kita ada, ke mana agaknya nak kita mengadu, malu rasanya dek tertipu, tentu datang nasihat bertalu-talu daripada semua orang yang tahu. Aduh..!!

Oleh itu, kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. Usah terburu-buru. Tak perlu takut dan juga tamak. Berusahalah kita pelajari ilmu pelaburan emas, contohi pelabur yang berjaya, pilih strategi dan teknik yang paling sesuai, membuat tindakan yang terbaik dan sentiasa positif dalam mengejar impian. Hadirkan diri dalam seminar yang berkenaan seperti yang dianjurkan pakar-pakar. Dan perlu diingat, setinggi mana ilmu didada, manakan sama pengalaman berharga.

Kemudian lakukan kajian syarikat yang terbaik untuk mulakan pelaburan. Bagi saya, Public Gold adalah pilihan yang mungkin semua pelabur perlu ambil keutamaan. Jika ada syarikat emas lain yang berkenan dihati, tak salah untuk kita melabur asalkan kita faham dengan jelas latarbelakang dan potensi syarikat tersebut. 100% kebebasan terletak ditangan anda dan jangan tersalahgunakan kebebasan itu.

Namun begitu, dalam melabur, sentiasa tingkatkan ilmu dan beringat selalu agar pisang yang berbuah dua kali, tak tumbuh dihalaman sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan